Setelah beroperasi hampir dua (2) tahun penubuhan Majlis
Taksisulquran, Pihak Pentadbiran Majlis telah mengorak langkah kehadapan dengan
menaiktaraf status penubuhan dengan menamakan Majlis Taksisulquran kepada nama
baru iaitu MADRASAH TAHFIZUL QURAN.
Pada ketika itu, Madrasah Tahfizul Quran ini telah dikendalikan sendiri Oleh Us
Mohamad Bin Mohd Lazim sebagai Pengetua dan dibantu oleh Setiausahanya iaitu Us
Hj Yahya Bin Saad untuk memajukan lagi institusi ini untuk terus berkembang.
Tahun demi tahun, Madrasah Tahfizul Quran Derga beroperasi akhirnya
menjelang tahun 1997 Pihak pentadbiran sekali lagi berjaya menaiktaraf status
pendidikannya daripada Madrasah Tahfizulquran kepada nama yang dinamik sebagai
mercu tanda kemenangan dan kejayaan sebahagian pencetus revolusi pendidikan
Negara iaitu MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DERGA. Sinonim dengan nama tempat dikawasan
kota setar sendiri iaitu Daerah Derga. Diperingkat inilah Pengurusan
Pentadbiran Atasan Maahad Tahfiz Al-Quran Derga beralih kepada pengetua yang
sekarang iaitu Us Hj Yahya Bin Saad yang menggantikan Us Mohamad Bin Mohd Lazim
kerana ditugaskan untuk menerajui Pentadbiran Maahad Tahfiz yang lebih dinamik
dan progresif. Pada ketika ini, penambahan pelajar meningkat kepada 40 orang di
awal tahun 1997.
Hasil daripada
pengorbanan dan kesabaran Pihak Pengurusan Maahad, Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) telah berjaya memperluaskan misi
pendidikannya dengan menubuhkan sebuah Maahad Tahfiz untuk golongan
wanita iaitu MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DERGA LILBANAT.
Hasilnya, Pihak pengurusan telah berjaya menubuhkannya sekitar tahun 2009 yang
menempatkan pelajar sebanyak 20 orang di peringkat pertama ini dan dibimbing
oleh 2 orang guru yang bertauliah dan berpelajaran tinggi.
Selain itu juga Maahad Tahfiz Al-Quran Derga yang dibina di atas tapak
wakaf seluas 2 ekar ini telah menempatkan pelajar lelaki seramai 120 orang
pelajar dan dibimbing oleh 9 orang guru yang bertauliah dan berkaliber. Maahad
yang dilengkapi dengan kemudahan asas yang sempurna ini amat memberi keselesaan
kepada pelajar-pelajar untuk terus melanjutkan pelajaran di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD).
Hasilnya, Maahad Tahfiz Al-Quran Derga telah mencipta sejarah yang
tersendiri dalam medan pendidikan al-Quran dengan menghantar pelajar-pelajar
mewakili Negara dalam pertandingan hafazan di peringkat Antarabangsa dan
Kebangsaan. Paling membanggakan juga, Pihak pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) juga telah berjaya melahirkan para huffaz
yang di ketegorikan sebagai insan istimewa sehingga mendapat pengiktirafan
daripada pihak Kerajaan Negeri apabila pelajar-pelajar ini telah berjaya
mewakili negeri di dalam pertandingan hafazan al-Quran di peringkat Kebangsaan.
Hasil daripada kejayaan inilah, bekas-bekas pelajar berasa
terpanggil untuk menubuhkan persatuan bekas-bekas pelajar bertujuan untuk
membantu Pihak Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) dalam usaha untuk
menambah dan mengukuhkan kualiti pendidikan di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) khasnya.
PENASIHAT
1 : US MAHADHORI BIN MURAD
PENASIHAT
2 : US AHMAD RIZAL BIN ABD GHAFAR
PENGERUSI :
RIZAMUDDIN BIN RAMLI
NAIB
PENGERUSI : MOHD FISOL BIN MOHD HANIF
SETIAUSAHA
KEHORMAT : MOHD NORHAJ B ABU HASSAN
NAIB
SETIAUSAHA KEHORMAT : IBRAHIM BIN ISMAIL
BENDAHARI
KEHORMAT : MOHD SUBHI BIN ABDULLAH
AHLI JAWATANKUASA BERTINDAK :
AHLI JAWATANKUASA BERTINDAK :
1.
MOHD NIAKMAT BIN DAHALAN
2.
MOHD NOR AMIN BIN ABD RASHID
3.
SURATMAN BIN AHAMAD
4.
KHAIRUL ANUAR BIN MD AMIN
5.
SHAHRUL FITRI BIN ABD SAMAD
6.
MOHD FATHI BIN HASSAN
7.
ZUKHILATIFF BIN MARZUKI
8.
ABDUL HAFIZ BIN ZAHARI
9.
MOHD HASHIMI BIN JAAFAR
10.
MOHD SYAMIL HANAFI BIN ABD
MANAN
11.
ABDUL QAYYUM BIN MOKHTAR
12.
MOHD SYUKRI BIN MAT DESA
13.
MOHD HUSAINI BIN HARUN
14.
MOHD TARMIZI BIN ABD RAHMAN
15.
MOHD KAMIL ARIFFIN BIN ABD
MANAN
Jika difikirkan
semula, sebuah Maahad yang telah berusia dua puluh (20) tahun ini sepatutnya
mempunyai satu persatuan khas untuk mengumpulkan bekas-bekas pelajar bagi
memastikan kewujudan Maahad ini sentiasa memberi faedah dan kebaikkan kepada
orang ramai di sekitarnya. Oleh itu, Penubuhan persatuan ini juga akan
memainkan peranan yang penting sebagai penggerak atau pembuka ruang kearah
kecemerlangan akedemik dan kerjaya pelajar-pelajar apabila telah tamat
pengajian di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD).
Penubuhan Persatuan
ini juga mampu menjadi satu organisasi penting yang membawa pengaruh besar
kepada bekas-bekas pelajar untuk mengeratkan silaturrahim. Bekas-bekas Pelajar
Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) perlu ditarik menyertai aktiviti yang akan
dijalankan bagi membawa impak yang lebih besar kepada kecemerlangan Maahad
Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD).
Pihak Maahad sendiri
pastinya menyimpan harapan besar agar pelajar-pelajar yang pernah menuntut di
sini pulang semula untuk menabur bakti dan membantu Pihak Maahad mencapai
matlamat sebagai pusat ilmu utama di Daerah Kota Setar khasnya dan negeri Kedah
Amnya. Hanya dengan tertubuhnya persatuan bekas-bekas pelajar inilah diharapkan
agar dapat membantu Pihak Pengurusan Maahad dalam merealisasikan impian semua
golongan supaya Maahad Tahfiz Al-Quran Derga dapat melahirkan para ilmuan yang
berdedikasi dan berakhlak mulia serta bertungkus lumus berganding bahu mengangungkan
ajaran Islam ke pelusuk dunia.
5.0 OBJEKTIF PENUBUHAN PERSATUAN
5.1
Persatuan berperanan untuk menjaga kebajikan bekas-bekas Pelajar
Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) khususnya yang berdaftar sebagai ahli
persatuan.
5.2
Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada
segenap lapisan bekas pelajar sebagai pemangkin kecemerlangan Maahad.
5.3
Berfungsi untuk memberi bantuan kepada Pihak Maahad dari segi
sumber pengajaran, kemudahan pelajar dan apa-apa material yang dilihat dapat
membantu kecemerlangan Maahad.
5.4
Berfungsi menjadi pendorong dan pendokong dalam menjayakan sesuatu
majlis yang dianjurkan oleh Pihak Maahad sekaligus melancarkan perjalanan
program tersebut.
5.5
Menyokong dan mendokong misi dan visi Maahad Tahfiz Al-Quran Derga.
5.6
Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah untuk
membantu kecemerlangan Maahad dari segi akademik mahupun disiplin pelajar.
5.7
Menjadi salah satu medan rujukan atau khidmat nasihat untuk
pelajar-pelajar apabila telah menamatkan pengajian di Maahad Tahfiz Al-Quran
Derga (MTQD) dalam menempuh alam
pendidikan yang lebih tinggi dan pekerjaan masing-masing.
Cadangan Penubuhan
Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) ini adalah bertujuan untuk membantu serta
melicinkan lagi perjalanan proses pendidikan yang sdia ada dan membantu dalam
penambahbaikan pengurusan serta memberi cadangan-cadangan yang difikirkan perlu
oleh Pihak Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) dengan
pengalaman-pengalaman yang diperolehi dari pemikir-pemikir luar yang merupakan
bekas-bekas Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) serta menjelaskan
objektif yang telah digariskan.
Mengumpulkan seramai mungkin bekas pelajar yang
telah menimba ilmu di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) serta merapatkan
hubungan silaturrahim diantara bekas-bekas pelajar dan Pelajar Maahad Tahfiz
Al-Quran Derga (MTQD) dan seterusnya saling kenal mengenali diantara satu sama
lain.
9.2
Pihak Pengurusan Maahad
9.2.1 Membantu Pihak Pengurusan Maahad Tahfiz
Al-Quran Derga (MTQD) dalam menguruskan proses pendidikan lanjutan dengan Pihak
yang bertanggungjawab untuk kemudahan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran
Derga (MTQD).
9.2.2 Membantu Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Derga
(MTQD) dalam menjayakan sesuatu program dengan lebih teratur dan bersistematik.
10.1 Terbuka kepada seluruh bekas pelajar yang
pernah mengikuti pengajian di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD)
10.2 Bersetuju untuk membayar yuran penyertaan dan
yuran tahunan
10.3 Tidak terlibat dalam jenayah-jenayah berat.
10.4 Berminat untuk membantu Pihak Maahad Tahfiz
Al-Quran Derga (MTQD) dalam menjalankan
kerja-kerja amal yang melibatkan seluruh masyarakat.
Bagi menjalankan
program serta membantu pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) Pihak
persatuan berbesar hati memohon dan menetapkan agar setiap keahlian dikenakan
bayaran pendaftaran dan tahunan bagi membolehkan segala perjalanan program
persatuan akan berjalan dengan lancar. Yuran pendaftaran yang telah disepakati
dalam mesyuarat penyelarasan penubuhan persatuan yang lalu telah menetapkan
seperti berikut:
10.0.1 YURAN
PENDAFTRAN RM 20.00
·
Bayaran pada kali pertama mendaftar sebagai keahlian persatuan
·
Sekali seumur hidup kecuali dilucutkan jawatan dengan sebab.
10.0.1.1
YURAN TAHUNAN RM 20.00
·
Yuran ini akan dipungut setiap kali awal tahun.
No comments:
Post a Comment