Friday, July 27, 2012

PEMIMPIN YANG ADIL


Muqaddimah

الجمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام على سيدنا مجمد و على اله و اصحابه اجمعين
       Islam tidak merelakan ummahnya menyerah kepada keadaan dan realiti serta terus lemah dan berdiam diri, akan tetapi ianya mengarahkan ummahnya untuk terus bangun, bergerak dan mengorbankan seluruh jiwa, harta dan masa demi untuk memastikan supaya agama Allah ini berterusan di muka bumi bahkan lebih dri itu iaitu menegakkan daulah Islamiah yang melaksanakan syariatnya serta mengembalikan khilafah Islamiah di bumi ini di atas asas yag teguh mengikut proses penyatuan pemikiran, amal dan gerakan melalui harakah Islamiah. قال تعالى : حتى لا تكون فتنة و يكون الدين كله لله
       Harakah Islamiah ataupun mana-mana jemaah sekalipun yang memenuhi medan masa kini haruslah mempunyai serta menghayati beberapa syarat untuk mencapai tujuan dan matlamat sebagaimana yang telah digariskan, di antara syarat-syarat tersebut :
1. mempunyai manhaj yang jelas
2. mempunyai pemimpin yang bijaksana
3. mempunyai anggota yang patuh
        Dalam memperkatakan tentang qiadah atau pimpinan, khususnya kepimpinan dalam gerakan atau jemaah Islamiah maka unsur-unsur yang berkait rapat dengan pemimpin Islam ialah bentuk pemilihan , tanggunggjawab, sifat-sifat dan pengarahan yang perlu ada kepada seorang pemimpin mestilah jelas dan bertetapan. Sabda Rasulullah SAW اذا وسد الامر الى غير اصله فانتظر الساعه
Pengertian Pemimpin Dan kepimpinan Dalam Islam

     Pemimpin pada pandangan Islam adalah bukan sahaja mereka yang bertanggunggjawab menjalankan urusan pentadbiran seharian dengan baik dan cemerlang tetapi ia adalah manusia contoh kepada orang lainserta simbol kepada jemaah di dalam semua gerak-gerinya, perkataan, perbuatan dan tindakan sentiasa menjadi perhatian kepada pengikut dan lawan.
      Kepimpinan adalah seni muamalah yang bertabiatkan kemanusiaan yang mampu mempengaruhi manusia ke arah matlamat yang di halakan, oleh yang yang demikian ianya boleh membentuk serta mewarnakan suatu kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan yang sejati terhadap kepimpinan. Namun begitu potensi-potensi yang lain mestilah di ambil kira untuk melengkapkan dan menyempurnakan lagi sifat-sifat kepimpinan yang telah tersedia seumpama kelengkapan dan persediaan kerohanian, jasmani, akhlak, peribadi serta berkemampuan dari sudut tanzim dan organisasi.


Cara Pemilihan Pemimpin

     Tradisi menilai dan memilih mengikut persembahan yang terhad haruslah dihapuskan, kerana bentuk penilaian yang diambil kira Islam adalah berbeza dari segi segala bentuk cara penilaian yang dan pemilihan yang ada di dalam ideologi-ideologi ciptaan seperti cara demokrasi, sosilialis dan warisan. Islam tidak mewartakan secara terperinci bentuk dan cara memilih pemimpin, akan tetapi mencukupi dengan kaedah yang telah diturunkan untuk dijadikan panduan serta pegangan di dalam memilih pemimpin yang bertepatan.
قال تعالا :- وشاورهم فى الامر فاذا عزمت فتوكل على الله- وامرهم شورى بينهم -ان اولياءه الا المتقون
قال رسول الله صلى الله عليه و سلم :- ما خاب من استخار ولا ندم من انتشار
      konsep syura ini telah pun dijadikan sebagai lambang utama kepada umat Islam dan menjadi kewajipan kepada daulah Islamiah untuk dilaksanakan.

Kedudukan Pemimpin Dalam Gerakan Islam

     Seorang Qaid dalam mana-mana pertubuhan laksana kepala kepada seluruh badan. Dimana pemimpinlah yang menentukan sasaran dalam setiap rancangan. Padanyalah terkumpul segala maklumat dalaman dan luaran, pengkaji, penanalisa, seterusnyamembuat arahan dan tindakan. Begitulah bentuk perjalanan sesuatu pekerjaan yang diatur oleh mana-mana persatuan, pertubuhan, dan jemaah.
       Di atas kemampuan dan kesedaran pemimpinlah maka setiap jemaah akan bergerak, bekerja dan seterusnya menghasilkan natijah. Sebaliknya kelemahan, kecuaian, dan sikap negatif larut dalam diri pemimpin maka ia akan mengheret jamaah keseluruhannya ke arah kemunduran dan akhirnyahancur lenyap.
       Kepimpinan dalam jemaah merupakan simbologo kepada kesatuan dan kerapian sofnya. Manakala persatuan pula merupakan alat lambang kepada kekuatan mana-mana jemaah dan gerakan. Kegagalan dalam membina ciri-ciri iniakan memburaikan simpulan-simpulan-simpulan kekuatan kepada jemaah. Dan ini semua mestilah dirangkumkan kepada semua lapisan kepimpinan yang terlibat dengan tugas dan tanggunggjawab.
       Kedudukan qaid di dalam Islam adalah mengambil tempat gantian kepada seluruh umat, juga sebagai juru-laksana kepada titah perintah Allah dalam segala bentuk. Qaidlah yang meletakkan hukum hakam syarak pada tempat perlaksanaan dan diserasikan untuk dijadikan undang-undang di dalam perlembagaan. Maka ketaatan kepada pimpinan menjadi kewajipan yang ada hubung kaitnya dengan syara'. Sebagaimana ucapan saidina Umar R.A di dalam khutbah sulungnya :

ايها الناس انى قد وليت عليكم ولست بخيركم فان احسنت فاعينونى وان اسأت فقومونى أطيعونى ما أطعت الله و رسوله ـ فاذا عصيت فلا طاعة لى عليكم.
Kata Umar Abdul Aziz R.A
ايها الناس.... انه لا كتاب بعد القرأن ـ و لا نبى بعد محمد صلى الله عليه وسلم : الا و انى لست بخيركم بقاص ولكن منفذ ـ ولست بمبتدع ولكن متبع

       Konsep baiah kepada pemimpin di dalam Islam adalah jelas membuktikan bahawa ianya berlaku bertujuan untuk sama-sama melaksana dan menjelmakan kitab suci Al-Quran serta sunnah Rasulullah SAW dalam bentuk yang nyata dan bertepatan. Maka sistem Islamiah telah pun menyerahkan tugas qiadah atau kepimpinan umatnya kepada satu individu bukannya kepada kelompok individu.

Tugas Dan Matlamat Pemimpin Dalam Gerakan Islam.

       Tugas dan matlamat utama setiap pemimpin di dalam jemaah Islamiah adalah mendokong amanah khalifah di muka bumi selepas kewafatan Rasulullah SAW dan lenyapnya sistem khalifah di kalangan umat Islam.
        Berusaha mengembalikan khilafah dan daulah Islamiah melalui sistem gerakan dan jemaah untuk menaungi ummah di bawah naungan khilafah kerajaan Islam yang adil.
        Berjihad menebarkan keadilan yang hakiki kepad ummah manusia yang masih piatu di sistem kemanusiaan yang sebenar tanpa bergantung kepada sistem-sistem ciptaan.
        Matlamat kepimpinan gerakan Islam adlah untuk mewujudkan kesatuan sof Islami yang telah dikelarpisahkan oleh musuh-musuh Islam yang mempunyai rantaian perancangan yang berterusan untuk meleburkan Islam dan Ummahnya.
       Tugas kepimpinan Islam adalah memberi kebebasan kepada umatnya untuk melaksana kehidupannya di bawah naungan Islam berlandaskan undang-undang dan syariat.

Siapa Khalifah Allah Di Bumi.

       Penentuan untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi telah pun ditetapkan oleh Allah SWT dan perjawatannya telah disusun rapi oleh pencipta alam inidengan diserah kepada hambanya-hambanya yang benar-benar layak lagi berkemampuan.
       Pengertian kepada kalimah khalifah telah pun dinyatakan oleh Imam Al Mawardi dalam Ahkam Sultaniah iaitu :
  خلافه النبوة فى حراسة و سياسة الدنيا به
       Demi mengenal pasti kepada siapakah tugas khalifah ini diserah dan diamanahkan, Allah SWT menjelaskan di dalam firmannya :
قال تعالى: واذ قال ربك للملائكة انى جاعل فى الرض خليفه قال تعالى: يا داود انا جعلناك خليفة فى الأرض فاصكم بين الناس بالحق قال تعلى: وعد الله الذين آمنوا منكم و عملوا الصالحات ليستخلفنكم فى الأرض وقال تعلى: ان الأرض يرثها عبادى الصالحون

     Maksud kepada ayat-ayat ini menjelaskan kepada manusia bahawa di sana ada satu lapisan yang benar-benar berpatutan untuk menerima tugas sebagai pemimpin dan khalifah di muka bumi ini.

Syarat-syarat Kepimpinan Dalam Islam

       Islam telah menetapkan syarat-syarat kepada sesiapa yang menjadi pemimpin umat Islam. Antara syarat-syarat tersebut ialah syarat kelayakkan menjadi hakim, iaitu:

Islam
Lelaki
Merdeka
Selamat dari kecacatan yang mengganggu tugas
Baligh
Wara'
Berkemampuan menghadapi suasana perang dan damai Kesimpulannya, ia mempunyai kelayakan beribadah dan merupakan ahli ugama serta mempunyai ilmu dunia yang membantu menegakkan agama dan mentadbir dunia dengannya.

Peribadi Seorang Pemimpin

1. SEORANG YANG BERJIWA BERSIH

   1.1 Pemimpin yang berwibawa mestilah mempunyai jiwa yang bersih sedang ia adalah sifat terpenting kepada pemimpin gerakan Islam. Sifat sedemikian menjadikan pemimpin mampu menghayati dan merasai beratnya amanah yang dipikul dan betapa perlunya ia dilaksanakan.
   1.2 Walaupun pemimpin mempunyai tanggunggjawab yang banyak terhadap masyarakat umum tetapi ianya tidak boleh dijadikan penghalang kepada usaha meneruskan muhasabah terhadap diri dari kesilapan dan dosa.
   1.3 Pemimpin jangan tertipu dengan kerja yang bertimbun-timbun sehingga boleh mengikis ciri keikhlasan kepada Allah dalam pelaksanaan tugaas yang kelak hanya dinilai oleh Allah sebagai debu yang berterbangan. Benarlah firman Allah swt : وقدمنا الى ما عملوا من عمل فجعلناه هباء منثورا 2.

MEMPUNYAI TUBUH BADAN YANG SIHAT DAN KUAT.

   2.1 Pemimpin tidak boleh mengabaikan kesihatannya. Sesungguhnya mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dicintai Allah daripada mukmin yang dhoif.

   2.2 Tuntutan dan bebanan dakwah yang berat tidak dapat dilaksanakan oleh seorang muslim yang lemah lagi dhoif.

   2.3 Kedudukan pemimpin dalam gerakan Islam memerlukan kepada tumpuan pemikiran, perancangan dan kerja yang berterusan serta jihad yang tiada noktah. Tugas ini mempunyai hubungkait dengan saraf dan organik di dalam tubuh badan. Justeru itu persediaan tubuh badan yang sihat adalah menjadi tuntutan asas kepimpinan demi penerusan kerja-kerja yang ditaklifkan.

3. Mempunyai kekuatan mental dan daya fikir

   3.1 Akal amat memerlukan kepada bahan-bahan tambahan yang boleh membawa kepada taraf kesuburan, kematangan, dan kemantapannya. Lantaran itu pemimpin tidak boleh bersikap memadai apa yang ada, sekadar secebis ilmu pengetahuan pemimpin yag hanya mempunyai ilmu yang asas dan tidak dapat belumba dengan perkembang semasa maka ia tidak akan dapat menghadapi cabaran serta tidak mampu memimpin dengan cara yang terbaik.

SIFAT-SIFAT UTAMA SEORANG PEMIMPIN

    Mengenali Dakwah Pengenalan yang tulin terhadap dakwah membolehkan pemimpin tersebut bergeraak cergas mengurus urusan-urusan jamaah, membuat pengarahan dan teliti dalm setiap kerja dan tindakannya. Jaminan terhadap kejayaan setiap pemimpin ialah apabila mereka dapat bersebati dengan manhaj dakwahnya serta anggota-anggota gerakannyatidak terpisah dan terpencil. Firman Allah swt.: قل هذه سبيلى ادعو الى الله على بصيرة أنا و من اتبعنى

Ikhlas Kepada Allah Swt.

Pemimpin yang mempunyai keikhlasan sejati kepada Allah swt. Akan bertahan lebih lama dalam menghadapi cabaran, mehnah dan petaka. Mereka mestilah mempunyai hati yang sejahtera dari penyakit yang boleh merosakkan zat amalan.

Memberi perhatian kepada perpaduan dan anggota

Pemimpin berkewajipan memberi perhatian kepada anggota-anggotanya benar-benar mengenali pemimpin mereka (dari sudut peribadi atau umum) bersama-sama di waktu suka dan duka serta cuba menyelesaikan permasalahan mereka. Ini dapat membantu ke arah pengawalan yang baik terhadap mereka seterusnya pemimpin dapat mengambil manfaat daripada tenaga dan kemampuan mereka. Cara yang demikian, akandapat mengekalkan perpaduan jemaah dengan berterusan.
قال تعالى : لقد جاءكم
رسول من انفسكم عزيز عليه ما غنمتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤف الرحيم التوبة 127

Tauladan yang baik

Setiap individu jemaah sentiasa mendongak memerhati kepada pimpinannya sebagai contoh yang terbaik untuk diteladani. Maka setiap tingkah laku pimpinan mempunyai pengaruh dan kesannya yang amat besar kepada jemaah, di mana Rasulullah adalah sebaik-baik contoh kepada umat Islam keseluruhannya
. قال تعالى : اقد كان لكم فى رسول الله اسوة حسنة ـــ الاحزاب 21

Mempunyai pandangan yang tajam.

Kemampuan pimpinan da dalam membaca sesuatu isu atau permasalahan dan dapat membuat penilaian dengan cepat dan tepat serta mampu mengambil keputusan yang tegas dalam pelbagai situasi dengan ini akan melahirkan kepercayaan serta penghargaan anggota jemaah kepada pimpinannya. Sebaliknya sikap teragak-agak,celaru, kaget dan tepinga-pinga akan melemahkan jemaah dan akan hilang kepercayaan daripada anggota.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ات الله يحب البصر الناقد عند ورود الشبهات و العقل الكامل عند حجوم الشبهات

Mengenali diri

Diantara kewajipan pemimpin ialah mengetahui sudut-sudut kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya. Jika tidak ianya boleh menyebabkan berlakunya pelbagai permasalahan dan pelbagai kemudharatan di dalam jemaah.Pemimpin hendaklah mengetahui kelemahan dirinya dan berusaha untuk mengatasinya dan meneliti sudut-sudut kekuatan terbentuk di dalam dirinya serta berusaha mempertingkatkannya juga berusaha menambah pengetahuan am, tumpuan dan perhatian di dalam mengkaji pemimpin-pemimpin Islam dan bukan Islam.

Memiliki daya tarikan

Ia adalah satu sifat tabie' yang sekiranya ia ada pada diri pemimpin, dapat menarik manusia (mad'u) kepada Islam tanpa usaha yang terlalu banyak. Sesungguhnya ia adalah unsur pembentukan keperibadian pimpinan yang paling kuat.

Kesimpulan.

     Kita seharusnya memahami bahawa perkara pemerintah dan politik yang menjadi keperluan manusia itu merupakan sebahagian daripada ajaran Allah yang bernama Islam dan menjadi satu juzuk yang tidak boleh dipisahkan daripadanya sehinggalah fahaman ini menjadi teguh di tanam di dalam diri umat Islam. Ianya thabit secara nyata di dalam nas-nas Al-Quran, Sunnah Rasulullah secara qauli dan amali seterusnya disambung oleh para sahabat RAH. Ditegaskan pula oleh para ulama' yang muktabar secara lisan dan tulisan. Pandangan dan juga pendapat yang memisahkan agama dengan politik dan pemerintahan adalah satu penyelewengan yang tersisih jauh dari Islam. Kerana bukan sahaja dari segi kenyataan nas tetapi menjadi sebahagian daripada keperluan melaksanakan syariat Islam dan menegakkan hukum Allah di atas muka bumi.
     Oleh yang demikian perjuangan untuk menegakkan syariat Allah ini mestilah disambung dari satu generasi ke satu generasi baru supaya ianya akan berterusan sehingga Allah SWT. membuat penentuan. Perjuangan ini hendaklah ditempuh dengan hati yang cekal, gigih, dan keazaman bahawa jihad mesti diteruskan.
     Permasalahan kepimpinan dalam gerakan hendaklah dipandang serius dan diberi perhatian yang sewajarnya agar sof perjuangan yang telah disusun dapat bergerak maju dan mara ke arah matlamatnya dengan gagah. Justeru itu kepimpinanlah yang menentukan halatuju jemaah agar dapat berjalan ke matlamatnya dengan sejahtera.

No comments:

Post a Comment