Wednesday, March 7, 2012

KERTAS KERJA CADANGAN PENUBUHAN PERSATUAN

TIDAK DIBENARKAN MENGAMPIL ATAU MENGEDIT SEBARANG KERATAN DARI LAMAN INI TANPA KEBENARAN DAN KEIZINAN PIHAK PENGURUSAN PERSATUAN ALUMNI MTQD



1.0       PENDAHULUAN


Kertas cadangan ini dibentangkan adalah untuk mendapat persetujuan dan perbincangan bagi menubuhkan Persatuan Bekas-Bekas Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Derga, Alor Setar. Cadangan penubuhan ini adalah bertujuan untuk menghimpunkan kembali seberapa banyak pelajar-pelajar yang telah dan pernah mendapat didikan di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD). Cadangan ini juga telah disuarakan oleh Y.Bhg Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD), iaitu Y.Bhg Us Hj Yahya Bin Saad. Selain itu juga, cadangan penubuhan persatuan ini antara lainnya adalah untuk membantu Pihak Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) memberi dorongan serta bantuan dalam pelbagai bentuk serta pendedahan yang luas kepada pelajar-pelajar yang sedang menuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD)  berkenaan masa depan dalam bentuk pekerjaan dan pelajaran atau hala tuju bagi meyakinkan pelajar untuk terus berada di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD)  bagi meneruskan pengajian.




2.0       SEJARAH RINGKAS MAAHAD


Maahad Tahfiz Al-Quran Derga, Lorong Sri Ujong 05300 Alor Setar, Kedah Darul Aman yang telah ditubuhkan pada tahun 1989 telah mula beroperasi sekitar awal tahun 1990 dengan nama awalnya adalah MAJLIS TAKSISULQURAN. MAJLIS TAKSISULQURAN ini diasaskan oleh beberapa tenaga penting yang tinggal di kawasan sekitar Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD)  sekarang diantaranya Dato’ Hj Abd Hamid Bin Abd Rahman, Ustaz Shauqi Bin Ibrahim, Us Mohamad Bin Mohd Lazim, Us Hj Yahya Bin Saad serta beberapa tenaga lain sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis. Peringkat awalnya MAJLIS TAKSISULQURAN telah melantik Us Mohamad Bin Mohd Lazim sebagai Ketua Pengendali (Pengetua) untuk menjalankan aktiviti pendidikan al-Quran. Diperingkat awalnya, bilangan penuntut adalah sebanyak Sembilan (9) orang. Program yang ditawarkan pada ketika itu adalah kelas hafazan al-Quran sepenuh masa.
Setelah beroperasi hampir dua (2) tahun penubuhan Majlis Taksisulquran, Pihak Pentadbiran Majlis telah mengorak langkah kehadapan dengan menaiktaraf status penubuhan dengan menamakan Majlis Taksisulquran kepada nama baru iaitu MADRASAH TAHFIZUL QURAN. Pada ketika itu, Madrasah Tahfizul Quran ini telah dikendalikan sendiri Oleh Us Mohamad Bin Mohd Lazim sebagai Pengetua dan dibantu oleh Setiausahanya iaitu Us Hj Yahya Bin Saad untuk memajukan lagi institusi ini untuk terus berkembang.
Tahun demi tahun, Madrasah Tahfizul Quran Derga beroperasi akhirnya menjelang tahun 1997 Pihak pentadbiran sekali lagi berjaya menaiktaraf status pendidikannya daripada Madrasah Tahfizulquran kepada nama yang dinamik sebagai mercu tanda kemenangan dan kejayaan sebahagian pencetus revolusi pendidikan Negara iaitu MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DERGA. Sinonim dengan nama tempat dikawasan kota setar sendiri iaitu Daerah Derga. Diperingkat inilah Pengurusan Pentadbiran Atasan Maahad Tahfiz Al-Quran Derga beralih kepada pengetua yang sekarang iaitu Us Hj Yahya Bin Saad yang menggantikan Us Mohamad Bin Mohd Lazim kerana ditugaskan untuk menerajui Pentadbiran Maahad Tahfiz yang lebih dinamik dan progresif. Pada ketika ini, penambahan pelajar meningkat kepada 40 orang di awal tahun 1997.
            Hasil daripada pengorbanan dan kesabaran Pihak Pengurusan Maahad, Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) telah berjaya memperluaskan misi pendidikannya dengan menubuhkan sebuah Maahad Tahfiz untuk golongan wanita iaitu MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DERGA LILBANAT. Hasilnya, Pihak pengurusan telah berjaya menubuhkannya sekitar tahun 2009 yang menempatkan pelajar sebanyak 20 orang di peringkat pertama ini dan dibimbing oleh 2 orang guru yang bertauliah dan berpelajaran tinggi.
Selain itu juga Maahad Tahfiz Al-Quran Derga yang dibina di atas tapak wakaf seluas 2 ekar ini telah menempatkan pelajar lelaki seramai 120 orang pelajar dan dibimbing oleh 9 orang guru yang bertauliah dan berkaliber. Maahad yang dilengkapi dengan kemudahan asas yang sempurna ini amat memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar untuk terus melanjutkan pelajaran di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD).
Hasilnya, Maahad Tahfiz Al-Quran Derga telah mencipta sejarah yang tersendiri dalam medan pendidikan al-Quran dengan menghantar pelajar-pelajar mewakili Negara dalam pertandingan hafazan di peringkat Antarabangsa dan Kebangsaan. Paling membanggakan juga, Pihak pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) juga telah berjaya melahirkan para huffaz yang di ketegorikan sebagai insan istimewa sehingga mendapat pengiktirafan daripada pihak Kerajaan Negeri apabila pelajar-pelajar ini telah berjaya mewakili negeri di dalam pertandingan hafazan al-Quran di peringkat Kebangsaan.
Hasil daripada kejayaan inilah, bekas-bekas pelajar berasa terpanggil untuk menubuhkan persatuan bekas-bekas pelajar bertujuan untuk membantu Pihak Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) dalam usaha untuk menambah dan mengukuhkan kualiti pendidikan di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD)  khasnya.




3.0       ORGANISASI BERTINDAK


PENAUNG                                        :           US HAJI YAHYA BIN SAAD
PENASIHAT 1                                  :           US MAHADHORI BIN MURAD
PENASIHAT 2                                  :           US AHMAD RIZAL BIN ABD GHAFAR
PENGERUSI                                                :           RIZAMUDDIN BIN RAMLI
NAIB PENGERUSI                          :           MOHD FISOL BIN MOHD HANIF
SETIAUSAHA KEHORMAT           :           MOHD NORHAJ B ABU HASSAN
NAIB SETIAUSAHA KEHORMAT            :           IBRAHIM BIN ISMAIL
BENDAHARI KEHORMAT                        :           MOHD SUBHI BIN ABDULLAH
AHLI JAWATANKUASA BERTINDAK :
1.      MOHD NIAKMAT BIN DAHALAN
2.      MOHD NOR AMIN BIN ABD RASHID
3.      SURATMAN BIN AHAMAD
4.      KHAIRUL ANUAR BIN MD AMIN
5.      SHAHRUL FITRI BIN ABD SAMAD
6.      MOHD FATHI BIN HASSAN
7.      ZUKHILATIFF BIN MARZUKI
8.      ABDUL HAFIZ BIN ZAHARI
9.      MOHD HASHIMI BIN JAAFAR
10.    MOHD SYAMIL HANAFI BIN ABD MANAN
11.    ABDUL QAYYUM BIN MOKHTAR
12.    MOHD SYUKRI BIN MAT DESA
13.    MOHD HUSAINI BIN HARUN
14.    MOHD TARMIZI BIN ABD RAHMAN
15.    MOHD KAMIL ARIFFIN BIN ABD MANAN

4.0       RELEVAN PENUBUHAN PERSATUAN


Seperti yang dinyatakan sebelum ini, satu saluran perlu diwujudkan bagi memastikan pengalaman dan kepakaran bekas pelajar-pelajar dapat digunakan untuk memajukan Maahad. Selain itu, penubuhan Alumni juga dapat mengumpulkan semula hampir keseluruhan bekas pelajar-pelajar yang pernah menuntut ilmu di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD). Dengan ini mereka dapat bertukar-tukar fikiran dan idea untuk digarap bersama sebagai satu idea baru yang akan dapat digunakan sebagai satu langkah untuk membawa kebaikkan kepada Maahad khasnya dan kepada penduduk sekitar amnya.
Jika difikirkan semula, sebuah Maahad yang telah berusia dua puluh (20) tahun ini sepatutnya mempunyai satu persatuan khas untuk mengumpulkan bekas-bekas pelajar bagi memastikan kewujudan Maahad ini sentiasa memberi faedah dan kebaikkan kepada orang ramai di sekitarnya. Oleh itu, Penubuhan persatuan ini juga akan memainkan peranan yang penting sebagai penggerak atau pembuka ruang kearah kecemerlangan akedemik dan kerjaya pelajar-pelajar apabila telah tamat pengajian di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD).
Penubuhan Persatuan ini juga mampu menjadi satu organisasi penting yang membawa pengaruh besar kepada bekas-bekas pelajar untuk mengeratkan silaturrahim. Bekas-bekas Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) perlu ditarik menyertai aktiviti yang akan dijalankan bagi membawa impak yang lebih besar kepada kecemerlangan Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD).
Pihak Maahad sendiri pastinya menyimpan harapan besar agar pelajar-pelajar yang pernah menuntut di sini pulang semula untuk menabur bakti dan membantu Pihak Maahad mencapai matlamat sebagai pusat ilmu utama di Daerah Kota Setar khasnya dan negeri Kedah Amnya. Hanya dengan tertubuhnya persatuan bekas-bekas pelajar inilah diharapkan agar dapat membantu Pihak Pengurusan Maahad dalam merealisasikan impian semua golongan supaya Maahad Tahfiz Al-Quran Derga dapat melahirkan para ilmuan yang berdedikasi dan berakhlak mulia serta bertungkus lumus berganding bahu mengangungkan ajaran Islam ke pelusuk dunia.

5.0       OBJEKTIF PENUBUHAN PERSATUAN


Cadangan Penubuhan Persatuan bekas-bekas pelajar ini juga diharap bukan sekadar dapat mengumpulkan bekas-bekas Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) sahaja, malah dapat membantu Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD)  untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Bebarapa objektif utama Penubuhan Persatuan yang telah digariskan setelah difikirkan perlu untuk penambahbaikan dan kemajuan Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD):
5.1         Persatuan berperanan untuk menjaga kebajikan bekas-bekas Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) khususnya yang berdaftar sebagai ahli persatuan.
5.2         Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada segenap lapisan bekas pelajar sebagai pemangkin kecemerlangan Maahad.
5.3         Berfungsi untuk memberi bantuan kepada Pihak Maahad dari segi sumber pengajaran, kemudahan pelajar dan apa-apa material yang dilihat dapat membantu kecemerlangan Maahad.
5.4         Berfungsi menjadi pendorong dan pendokong dalam menjayakan sesuatu majlis yang dianjurkan oleh Pihak Maahad sekaligus melancarkan perjalanan program tersebut.
5.5         Menyokong dan mendokong misi dan visi Maahad Tahfiz Al-Quran Derga.
5.6         Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah untuk membantu kecemerlangan Maahad dari segi akademik mahupun disiplin pelajar.
5.7         Menjadi salah satu medan rujukan atau khidmat nasihat untuk pelajar-pelajar apabila telah menamatkan pengajian di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD)  dalam menempuh alam pendidikan yang lebih tinggi dan pekerjaan masing-masing.



6.0       TUJUAN PENUBUHAN


Cadangan Penubuhan Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) ini adalah bertujuan untuk membantu serta melicinkan lagi perjalanan proses pendidikan yang sdia ada dan membantu dalam penambahbaikan pengurusan serta memberi cadangan-cadangan yang difikirkan perlu oleh Pihak Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) dengan pengalaman-pengalaman yang diperolehi dari pemikir-pemikir luar yang merupakan bekas-bekas Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) serta menjelaskan objektif yang telah digariskan.

7.0       CADANGAN NAMA PERSATUAN


“PERSATUAN ALUMNI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DERGA’

8.0       MOTO PERSATUAN


BERIMAN, BERAMAL, BERTAQWA DAN BERKEBAJIKAN



9.0       SASARAN PENUBUHAN PERSATUAN


9.1         Bekas-Bekas Pelajar.
Mengumpulkan seramai mungkin bekas pelajar yang telah menimba ilmu di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) serta merapatkan hubungan silaturrahim diantara bekas-bekas pelajar dan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) dan seterusnya saling kenal mengenali diantara satu sama lain.

9.2         Pihak Pengurusan Maahad
9.2.1     Membantu Pihak Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) dalam menguruskan proses pendidikan lanjutan dengan Pihak yang bertanggungjawab untuk kemudahan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD).
9.2.2     Membantu Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) dalam menjayakan sesuatu program dengan lebih teratur dan bersistematik.



10.0    SYARAT KEAHLIAN PERSATUAN


10.1      Terbuka kepada seluruh bekas pelajar yang pernah mengikuti pengajian di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD)
10.2      Bersetuju untuk membayar yuran penyertaan dan yuran tahunan
10.3      Tidak terlibat dalam jenayah-jenayah berat.
10.4      Berminat untuk membantu Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD)  dalam menjalankan kerja-kerja amal yang melibatkan seluruh masyarakat.

11.0    YURAN KEAHLIAN PERSATUAN


Bagi menjalankan program serta membantu pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) Pihak persatuan berbesar hati memohon dan menetapkan agar setiap keahlian dikenakan bayaran pendaftaran dan tahunan bagi membolehkan segala perjalanan program persatuan akan berjalan dengan lancar. Yuran pendaftaran yang telah disepakati dalam mesyuarat penyelarasan penubuhan persatuan yang lalu telah menetapkan seperti berikut:
10.0.1              YURAN PENDAFTRAN     RM 20.00
·           Bayaran pada kali pertama mendaftar sebagai  keahlian persatuan
·           Sekali seumur hidup kecuali dilucutkan jawatan dengan sebab.
10.0.1.1             YURAN TAHUNAN             RM 20.00
·         Yuran ini akan dipungut setiap kali awal tahun.

12.0    BORANG KEAHLIAN PERSATUAN


‘ Seperti di lampiran

13.0    PENUTUP


Kertas cadangan ini dibentangkan dengan harapan agar cadangan untuk menubuhkan persatuan bekas-bekas pelajar (PERSATUAN ALUMNI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DERGA) mendapat perhatian yang serius dari semua Pihak agar dapat membantu dalam menambahbaikan proses pentadbiran dan membantu memberi peluang kepada pelajar-pelajar lain untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi serta menyatupadukan lagi ukhuwah diantara pelajar-pelajar tanpa ada kasta dan sebagainya. Selain itu juga, kertas cadangan ini dibentangkan antara lainnya ialah untuk menyatukan pandangan, pendapat dan cadangan daripada seluruh pemikir-pemikir di kalangan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) agar sama-sama berusaha memajukan insitusi yang menjadi kebanggan seluruh Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) agar lebih maju kehadapan selaras dengan tuntutan dan ajaran Islam yang menjadikan Islam itu indah lagi mulia.



No comments:

Post a Comment