Sunday, March 11, 2012

SEJARAH TERCIPTA DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DERGA


        Alor Setar, 10 Mac 2012.. Maahad Tahfiz Al-Quran Derga, Lorong Seri Ujong, Kedah Darul Aman sekali lagi mencipta sejarahnya tersendiri apabila berjaya menubuhkan sebuah persatuan Bekas-Bekas Pelajar bagi tujuan menghimpunkan semula seberapa banyak pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian di MTQD. Pelanacaran Penubuhan Persatuan ini telah disempurnakan oleh Y.B. Us Ahmad Izzat Bin Mohamad Shauki Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Beliau juga merupakan salah seorang pelajar lepasan MTQD pada awal penubuhan.

       Turut hadir pada majlis tersebut ialah Us Yahya Bin Saad Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Derga yang merupakan Penaung Persatuan Alumni MTQD. Beliau menyarankan agar Persatuan yang ditubuhkan ini dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada matlamat dan objektif yang telah disepakati. beliau juga mengharapkan agar sumbangan dan sokongan daripada seua lapisan bekas-bekas pelajar agar dapat bekerjasama dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang akan dirancang.
         Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh Y.B. Us Ahmad Izzat Bin Mohamad Shauki, Beliau menyarakan agar Persatuan ini dapat merencana segala bentuk program sepanjang tahun serta mewar-warkan kepada seluruh bekas-bekas pelajar agar dapat memeriahkannya. Selain itu juga, Beliau mengucapakan sekalung syabas dan tahniah kepada segelintir bekas-bekas pelajar yang amat prihatin sehingga tertubuhnya Persatuan Alumni MTQD yang ditunggu-tunggu selama ini.

Ucaptama sempena Pelancaran Penubuhan Persatuan Alumni
Maahad Tahfiz Quran De
Ucapan Aluan daripada Penaung
Persatuan Alumni MTQD

Ucapan Persamian Sempena Pelancaran
Penubuhan Persatuan Alumni MTQD


Simbolik Pelancaran Penubuhan
Persatuan Alumni MTQD


No comments:

Post a Comment