Friday, July 27, 2012

PEMIMPIN YANG ADIL


Muqaddimah

الجمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام على سيدنا مجمد و على اله و اصحابه اجمعين
       Islam tidak merelakan ummahnya menyerah kepada keadaan dan realiti serta terus lemah dan berdiam diri, akan tetapi ianya mengarahkan ummahnya untuk terus bangun, bergerak dan mengorbankan seluruh jiwa, harta dan masa demi untuk memastikan supaya agama Allah ini berterusan di muka bumi bahkan lebih dri itu iaitu menegakkan daulah Islamiah yang melaksanakan syariatnya serta mengembalikan khilafah Islamiah di bumi ini di atas asas yag teguh mengikut proses penyatuan pemikiran, amal dan gerakan melalui harakah Islamiah. قال تعالى : حتى لا تكون فتنة و يكون الدين كله لله
       Harakah Islamiah ataupun mana-mana jemaah sekalipun yang memenuhi medan masa kini haruslah mempunyai serta menghayati beberapa syarat untuk mencapai tujuan dan matlamat sebagaimana yang telah digariskan, di antara syarat-syarat tersebut :
1. mempunyai manhaj yang jelas
2. mempunyai pemimpin yang bijaksana
3. mempunyai anggota yang patuh
        Dalam memperkatakan tentang qiadah atau pimpinan, khususnya kepimpinan dalam gerakan atau jemaah Islamiah maka unsur-unsur yang berkait rapat dengan pemimpin Islam ialah bentuk pemilihan , tanggunggjawab, sifat-sifat dan pengarahan yang perlu ada kepada seorang pemimpin mestilah jelas dan bertetapan. Sabda Rasulullah SAW اذا وسد الامر الى غير اصله فانتظر الساعه
Pengertian Pemimpin Dan kepimpinan Dalam Islam

     Pemimpin pada pandangan Islam adalah bukan sahaja mereka yang bertanggunggjawab menjalankan urusan pentadbiran seharian dengan baik dan cemerlang tetapi ia adalah manusia contoh kepada orang lainserta simbol kepada jemaah di dalam semua gerak-gerinya, perkataan, perbuatan dan tindakan sentiasa menjadi perhatian kepada pengikut dan lawan.
      Kepimpinan adalah seni muamalah yang bertabiatkan kemanusiaan yang mampu mempengaruhi manusia ke arah matlamat yang di halakan, oleh yang yang demikian ianya boleh membentuk serta mewarnakan suatu kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan yang sejati terhadap kepimpinan. Namun begitu potensi-potensi yang lain mestilah di ambil kira untuk melengkapkan dan menyempurnakan lagi sifat-sifat kepimpinan yang telah tersedia seumpama kelengkapan dan persediaan kerohanian, jasmani, akhlak, peribadi serta berkemampuan dari sudut tanzim dan organisasi.

Friday, July 6, 2012

PERANCANGAN PROGRAM PERSATUAN TAHUN PERTAMA

UNTUK MAKLUMAN SEMUA SAHABAT, SETELAH DIPERBINCANGKAN DALAM MESYUARAT YANG LALU. AHLI MESYUARAT TELAH BERSEPAKAT UNTUK MENGANJURKAN 2 PROGRAM SEBAGAI PERMULAAN PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI MTQD PADA TAHUN 2012. PROGRAM YANG AKAN DIANJURKAN INI ADALAH SEBAGAI INISIATIF UNTUK MENGUMPULKAN KEMBALAI BEKAS-BEKAS PELAJAR MTQD SETERUSNYA MENCUNGKIL KEMBALI NOSTALGIA LALU SERTA MERAPATKAN HUBUNGAN PELAJAR DAN MAAHAD. PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DIRANCANG ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  1. TAUTAN MAHABBAH BEKAS-BEKAS PELAJAR
  2. JAMUAN AIDILFITRI & RAMAH MESRA BERSAMA PIHAK PERSATUAN DAN PIHAK MTQD

OLEH YANG DEMIKIAN KAMI AMAT MEMERLUKAN SUMBANGAN DARIPADA SEMUA PIHAK TERUTAMANYA BEKAS-BEKAS PELAJAR UNTUK MENDAFTARKAN DIRI SEBAGAI AHLI.