Friday, October 25, 2013
Thursday, October 10, 2013
Monday, October 7, 2013
Thursday, September 13, 2012
MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI
5 Sept.- Maahad Tahfiz Alquran Derga dengan kerjasama Persatuan Alumni Maahad Tahfiz Al-Quran Derga telah mengadakan majlis jamuan aidilfitri di peringkat Maahad. Majlis yang bermuala pada jam 9 mlm itu turut dibuka untuk masyarakat setempat. Majlsi yang bermula dengan bacaan Al-Quran turut diserikan dengan persembahan pelajar-pelajar MTQD.
kenangan sekitar majlis jamuan tersebut
Tuesday, September 4, 2012
MAKLUMAN
MAJLIS SILATURRAHIM AIDILFITRI DAN RAMAH MESRA
Maahad Tahfiz al-Quran, Derga dengan kerjasama Persatuan Alumni Maahad Tahfiz Al-Quran Derga akan mengadakan majlis jamuan aidilfitri seperti ketetapan berikut:
TEMPAT : PERKARANGAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DERGA
MASA : 7.00 MLM - 10.00 MLM
TARIKH : 5 SEPTEMBER 2012
sahabat juga boleh mendaftar sebagai keahlian persatuan.
borang pendaftaran dan kaunter bayaran akan di buka.
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Friday, July 27, 2012
PEMIMPIN YANG ADIL
Muqaddimah
الجمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام على سيدنا مجمد و على اله و اصحابه اجمعين
Islam tidak merelakan ummahnya menyerah kepada keadaan dan realiti serta terus lemah dan berdiam diri, akan tetapi ianya mengarahkan ummahnya untuk terus bangun, bergerak dan mengorbankan seluruh jiwa, harta dan masa demi untuk memastikan supaya agama Allah ini berterusan di muka bumi bahkan lebih dri itu iaitu menegakkan daulah Islamiah yang melaksanakan syariatnya serta mengembalikan khilafah Islamiah di bumi ini di atas asas yag teguh mengikut proses penyatuan pemikiran, amal dan gerakan melalui harakah Islamiah.
قال تعالى : حتى لا تكون فتنة و يكون الدين كله لله
Harakah Islamiah ataupun mana-mana jemaah sekalipun yang memenuhi medan masa kini haruslah mempunyai serta menghayati beberapa syarat untuk mencapai tujuan dan matlamat sebagaimana yang telah digariskan, di antara syarat-syarat tersebut :
1. mempunyai manhaj yang jelas
2. mempunyai pemimpin yang bijaksana
3. mempunyai anggota yang patuh
Dalam memperkatakan tentang qiadah atau pimpinan, khususnya kepimpinan dalam gerakan atau jemaah Islamiah maka unsur-unsur yang berkait rapat dengan pemimpin Islam ialah bentuk pemilihan , tanggunggjawab, sifat-sifat dan pengarahan yang perlu ada kepada seorang pemimpin mestilah jelas dan bertetapan.
Sabda Rasulullah SAW
اذا وسد الامر الى غير اصله فانتظر الساعه
Pengertian Pemimpin Dan kepimpinan Dalam Islam
Pemimpin pada pandangan Islam adalah bukan sahaja mereka yang bertanggunggjawab menjalankan urusan pentadbiran seharian dengan baik dan cemerlang tetapi ia adalah manusia contoh kepada orang lainserta simbol kepada jemaah di dalam semua gerak-gerinya, perkataan, perbuatan dan tindakan sentiasa menjadi perhatian kepada pengikut dan lawan.
Kepimpinan adalah seni muamalah yang bertabiatkan kemanusiaan yang mampu mempengaruhi manusia ke arah matlamat yang di halakan, oleh yang yang demikian ianya boleh membentuk serta mewarnakan suatu kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan yang sejati terhadap kepimpinan. Namun begitu potensi-potensi yang lain mestilah di ambil kira untuk melengkapkan dan menyempurnakan lagi sifat-sifat kepimpinan yang telah tersedia seumpama kelengkapan dan persediaan kerohanian, jasmani, akhlak, peribadi serta berkemampuan dari sudut tanzim dan organisasi.
Friday, July 6, 2012
PERANCANGAN PROGRAM PERSATUAN TAHUN PERTAMA
UNTUK MAKLUMAN SEMUA SAHABAT, SETELAH DIPERBINCANGKAN DALAM MESYUARAT YANG LALU. AHLI MESYUARAT TELAH BERSEPAKAT UNTUK MENGANJURKAN 2 PROGRAM SEBAGAI PERMULAAN PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI MTQD PADA TAHUN 2012. PROGRAM YANG AKAN DIANJURKAN INI ADALAH SEBAGAI INISIATIF UNTUK MENGUMPULKAN KEMBALAI BEKAS-BEKAS PELAJAR MTQD SETERUSNYA MENCUNGKIL KEMBALI NOSTALGIA LALU SERTA MERAPATKAN HUBUNGAN PELAJAR DAN MAAHAD. PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DIRANCANG ADALAH SEPERTI BERIKUT:
- TAUTAN MAHABBAH BEKAS-BEKAS PELAJAR
- JAMUAN AIDILFITRI & RAMAH MESRA BERSAMA PIHAK PERSATUAN DAN PIHAK MTQD
OLEH YANG DEMIKIAN KAMI AMAT MEMERLUKAN SUMBANGAN DARIPADA SEMUA PIHAK TERUTAMANYA BEKAS-BEKAS PELAJAR UNTUK MENDAFTARKAN DIRI SEBAGAI AHLI.
Subscribe to:
Posts (Atom)