TIDAK DIBENARKAN MENGAMPIL ATAU MENGEDIT SEBARANG KERATAN DARI LAMAN INI TANPA KEBENARAN DAN KEIZINAN PIHAK PENGURUSAN PERSATUAN ALUMNI MTQD
1.0
PENDAHULUAN
Kertas
cadangan ini dibentangkan adalah untuk mendapat persetujuan dan perbincangan
bagi menubuhkan Persatuan Bekas-Bekas Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Derga,
Alor Setar. Cadangan penubuhan ini adalah bertujuan untuk menghimpunkan kembali
seberapa banyak pelajar-pelajar yang telah dan pernah mendapat didikan di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD). Cadangan ini juga telah disuarakan oleh Y.Bhg
Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD), iaitu Y.Bhg Us Hj Yahya Bin Saad.
Selain itu juga, cadangan penubuhan persatuan ini antara lainnya adalah untuk
membantu Pihak Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) memberi dorongan
serta bantuan dalam pelbagai bentuk serta pendedahan yang luas kepada
pelajar-pelajar yang sedang menuntut di Maahad Tahfiz
Al-Quran Derga (MTQD) berkenaan masa depan dalam bentuk pekerjaan
dan pelajaran atau hala tuju bagi meyakinkan pelajar untuk terus berada di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) bagi
meneruskan pengajian.
2.0
SEJARAH RINGKAS MAAHAD
Maahad
Tahfiz Al-Quran Derga, Lorong Sri Ujong 05300 Alor Setar, Kedah Darul Aman yang
telah ditubuhkan pada tahun 1989 telah mula beroperasi sekitar awal tahun 1990
dengan nama awalnya adalah MAJLIS
TAKSISULQURAN. MAJLIS TAKSISULQURAN
ini diasaskan oleh beberapa tenaga penting yang tinggal di kawasan sekitar Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) sekarang
diantaranya Dato’ Hj Abd Hamid Bin Abd Rahman, Ustaz Shauqi Bin Ibrahim,
Us Mohamad Bin Mohd Lazim, Us Hj Yahya Bin Saad serta beberapa tenaga
lain sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis. Peringkat awalnya MAJLIS TAKSISULQURAN
telah melantik Us Mohamad Bin Mohd Lazim sebagai Ketua Pengendali
(Pengetua) untuk menjalankan aktiviti pendidikan al-Quran. Diperingkat awalnya,
bilangan penuntut adalah sebanyak Sembilan (9) orang. Program yang ditawarkan
pada ketika itu adalah kelas hafazan al-Quran sepenuh masa.
Setelah
beroperasi hampir dua (2) tahun penubuhan Majlis Taksisulquran, Pihak
Pentadbiran Majlis telah mengorak langkah kehadapan dengan menaiktaraf status
penubuhan dengan menamakan Majlis Taksisulquran kepada nama baru iaitu MADRASAH TAHFIZUL QURAN. Pada ketika
itu, Madrasah Tahfizul Quran ini telah dikendalikan sendiri Oleh Us Mohamad Bin
Mohd Lazim sebagai Pengetua dan dibantu oleh Setiausahanya iaitu Us Hj Yahya
Bin Saad untuk memajukan lagi institusi ini untuk terus berkembang.
Tahun
demi tahun, Madrasah Tahfizul Quran Derga beroperasi akhirnya menjelang tahun
1997 Pihak pentadbiran sekali lagi berjaya menaiktaraf status pendidikannya
daripada Madrasah Tahfizulquran kepada nama yang dinamik sebagai mercu tanda
kemenangan dan kejayaan sebahagian pencetus revolusi pendidikan Negara iaitu
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DERGA. Sinonim dengan nama tempat dikawasan kota setar
sendiri iaitu Daerah Derga. Diperingkat inilah Pengurusan Pentadbiran Atasan
Maahad Tahfiz Al-Quran Derga beralih kepada pengetua yang sekarang iaitu Us Hj
Yahya Bin Saad yang menggantikan Us Mohamad Bin Mohd Lazim kerana ditugaskan
untuk menerajui Pentadbiran Maahad Tahfiz yang lebih dinamik dan progresif.
Pada ketika ini, penambahan pelajar meningkat kepada 40 orang di awal tahun
1997.
Hasil daripada pengorbanan dan
kesabaran Pihak Pengurusan Maahad, Maahad Tahfiz
Al-Quran Derga (MTQD) telah berjaya
memperluaskan misi pendidikannya dengan menubuhkan sebuah Maahad Tahfiz
untuk golongan wanita iaitu MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DERGA LILBANAT.
Hasilnya, Pihak pengurusan telah berjaya menubuhkannya sekitar tahun 2009 yang
menempatkan pelajar sebanyak 20 orang di peringkat pertama ini dan dibimbing
oleh 2 orang guru yang bertauliah dan berpelajaran tinggi.
Selain
itu juga Maahad Tahfiz Al-Quran Derga yang dibina di atas tapak wakaf seluas 2
ekar ini telah menempatkan pelajar lelaki seramai 120 orang pelajar dan
dibimbing oleh 9 orang guru yang bertauliah dan berkaliber. Maahad yang
dilengkapi dengan kemudahan asas yang sempurna ini amat memberi keselesaan
kepada pelajar-pelajar untuk terus melanjutkan pelajaran di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD).
Hasilnya,
Maahad Tahfiz Al-Quran Derga telah mencipta sejarah yang tersendiri dalam medan
pendidikan al-Quran dengan menghantar pelajar-pelajar mewakili Negara dalam
pertandingan hafazan di peringkat Antarabangsa dan Kebangsaan. Paling
membanggakan juga, Pihak pengurusan Maahad Tahfiz
Al-Quran Derga (MTQD) juga
telah berjaya melahirkan para huffaz yang di ketegorikan sebagai insan istimewa
sehingga mendapat pengiktirafan daripada pihak Kerajaan Negeri apabila
pelajar-pelajar ini telah berjaya mewakili negeri di dalam pertandingan hafazan
al-Quran di peringkat Kebangsaan.
Hasil
daripada kejayaan inilah, bekas-bekas pelajar berasa terpanggil untuk
menubuhkan persatuan bekas-bekas pelajar bertujuan untuk membantu Pihak
Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) dalam usaha untuk menambah dan
mengukuhkan kualiti pendidikan di Maahad Tahfiz
Al-Quran Derga (MTQD) khasnya.
3.0
ORGANISASI BERTINDAK
PENAUNG : US HAJI YAHYA BIN SAAD
PENASIHAT 1 : US MAHADHORI BIN MURAD
PENASIHAT 2 : US AHMAD RIZAL BIN ABD GHAFAR
PENGERUSI :
RIZAMUDDIN BIN RAMLI
NAIB PENGERUSI : MOHD FISOL BIN MOHD HANIF
SETIAUSAHA KEHORMAT : MOHD
NORHAJ B ABU HASSAN
NAIB SETIAUSAHA KEHORMAT : IBRAHIM
BIN ISMAIL
BENDAHARI KEHORMAT : MOHD SUBHI BIN ABDULLAH
AHLI JAWATANKUASA BERTINDAK :
AHLI JAWATANKUASA BERTINDAK :
1.
MOHD NIAKMAT BIN DAHALAN
2.
MOHD NOR AMIN BIN ABD RASHID
3.
SURATMAN BIN AHAMAD
4.
KHAIRUL ANUAR BIN MD AMIN
5.
SHAHRUL FITRI BIN ABD SAMAD
6.
MOHD FATHI BIN HASSAN
7.
ZUKHILATIFF BIN MARZUKI
8.
ABDUL HAFIZ BIN ZAHARI
9.
MOHD HASHIMI BIN JAAFAR
10.
MOHD SYAMIL HANAFI BIN ABD MANAN
11.
ABDUL QAYYUM BIN MOKHTAR
12.
MOHD SYUKRI BIN MAT DESA
13.
MOHD HUSAINI BIN HARUN
14.
MOHD TARMIZI BIN ABD RAHMAN
15.
MOHD KAMIL ARIFFIN BIN ABD MANAN
4.0
RELEVAN PENUBUHAN PERSATUAN
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, satu
saluran perlu diwujudkan bagi memastikan pengalaman dan kepakaran bekas
pelajar-pelajar dapat digunakan untuk memajukan Maahad. Selain itu, penubuhan
Alumni juga dapat mengumpulkan semula hampir keseluruhan bekas pelajar-pelajar
yang pernah menuntut ilmu di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD). Dengan ini
mereka dapat bertukar-tukar fikiran dan idea untuk digarap bersama sebagai satu
idea baru yang akan dapat digunakan sebagai satu langkah untuk membawa kebaikkan
kepada Maahad khasnya dan kepada penduduk sekitar amnya.
Jika difikirkan semula, sebuah Maahad yang
telah berusia dua puluh (20) tahun ini sepatutnya mempunyai satu persatuan khas
untuk mengumpulkan bekas-bekas pelajar bagi memastikan kewujudan Maahad ini
sentiasa memberi faedah dan kebaikkan kepada orang ramai di sekitarnya. Oleh
itu, Penubuhan persatuan ini juga akan memainkan peranan yang penting sebagai
penggerak atau pembuka ruang kearah kecemerlangan akedemik dan kerjaya
pelajar-pelajar apabila telah tamat pengajian di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga
(MTQD).
Penubuhan Persatuan ini juga mampu menjadi satu
organisasi penting yang membawa pengaruh besar kepada bekas-bekas pelajar untuk
mengeratkan silaturrahim. Bekas-bekas Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Derga
(MTQD) perlu ditarik menyertai aktiviti yang akan dijalankan bagi membawa impak
yang lebih besar kepada kecemerlangan Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD).
Pihak Maahad sendiri pastinya menyimpan harapan
besar agar pelajar-pelajar yang pernah menuntut di sini pulang semula untuk
menabur bakti dan membantu Pihak Maahad mencapai matlamat sebagai pusat ilmu
utama di Daerah Kota Setar khasnya dan negeri Kedah Amnya. Hanya dengan
tertubuhnya persatuan bekas-bekas pelajar inilah diharapkan agar dapat membantu
Pihak Pengurusan Maahad dalam merealisasikan impian semua golongan supaya
Maahad Tahfiz Al-Quran Derga dapat melahirkan para ilmuan yang berdedikasi dan
berakhlak mulia serta bertungkus lumus berganding bahu mengangungkan ajaran
Islam ke pelusuk dunia.
5.0
OBJEKTIF PENUBUHAN PERSATUAN
Cadangan Penubuhan Persatuan bekas-bekas
pelajar ini juga diharap bukan sekadar dapat mengumpulkan bekas-bekas Pelajar
Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) sahaja, malah dapat membantu Pihak Maahad
Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) untuk
mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Bebarapa objektif utama Penubuhan
Persatuan yang telah digariskan setelah difikirkan perlu untuk penambahbaikan
dan kemajuan Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD):
5.1
Persatuan berperanan
untuk menjaga kebajikan bekas-bekas Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD)
khususnya yang berdaftar sebagai ahli persatuan.
5.2
Mengumpulkan
kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada segenap lapisan bekas pelajar
sebagai pemangkin kecemerlangan Maahad.
5.3
Berfungsi untuk
memberi bantuan kepada Pihak Maahad dari segi sumber pengajaran, kemudahan
pelajar dan apa-apa material yang dilihat dapat membantu kecemerlangan Maahad.
5.4
Berfungsi menjadi
pendorong dan pendokong dalam menjayakan sesuatu majlis yang dianjurkan oleh
Pihak Maahad sekaligus melancarkan perjalanan program tersebut.
5.5
Menyokong dan
mendokong misi dan visi Maahad Tahfiz Al-Quran Derga.
5.6
Merangka
program-program pembangunan akademik dan sahsiah untuk membantu kecemerlangan
Maahad dari segi akademik mahupun disiplin pelajar.
5.7
Menjadi salah satu
medan rujukan atau khidmat nasihat untuk pelajar-pelajar apabila telah
menamatkan pengajian di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) dalam menempuh alam pendidikan yang lebih
tinggi dan pekerjaan masing-masing.
6.0
TUJUAN PENUBUHAN
Cadangan Penubuhan Maahad Tahfiz Al-Quran Derga
(MTQD) ini adalah bertujuan untuk membantu serta melicinkan lagi perjalanan
proses pendidikan yang sdia ada dan membantu dalam penambahbaikan pengurusan
serta memberi cadangan-cadangan yang difikirkan perlu oleh Pihak Pengurusan
Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) dengan pengalaman-pengalaman yang
diperolehi dari pemikir-pemikir luar yang merupakan bekas-bekas Pelajar Maahad
Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) serta menjelaskan objektif yang telah digariskan.
7.0
CADANGAN NAMA PERSATUAN
“PERSATUAN ALUMNI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DERGA’
8.0
MOTO PERSATUAN
BERIMAN, BERAMAL, BERTAQWA DAN BERKEBAJIKAN
9.0
SASARAN PENUBUHAN PERSATUAN
9.1
Bekas-Bekas Pelajar.
Mengumpulkan seramai mungkin bekas pelajar yang telah menimba ilmu
di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) serta merapatkan hubungan silaturrahim
diantara bekas-bekas pelajar dan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD)
dan seterusnya saling kenal mengenali diantara satu sama lain.
9.2
Pihak Pengurusan Maahad
9.2.1 Membantu Pihak Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) dalam
menguruskan proses pendidikan lanjutan dengan Pihak yang bertanggungjawab untuk
kemudahan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD).
9.2.2 Membantu Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) dalam menjayakan
sesuatu program dengan lebih teratur dan bersistematik.
10.0
SYARAT KEAHLIAN PERSATUAN
10.1 Terbuka kepada seluruh bekas pelajar yang pernah mengikuti
pengajian di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD)
10.2 Bersetuju untuk membayar yuran penyertaan dan yuran tahunan
10.3 Tidak terlibat dalam jenayah-jenayah berat.
10.4 Berminat untuk membantu Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Derga
(MTQD) dalam menjalankan kerja-kerja
amal yang melibatkan seluruh masyarakat.
11.0
YURAN KEAHLIAN PERSATUAN
Bagi menjalankan program serta membantu
pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) Pihak persatuan berbesar hati
memohon dan menetapkan agar setiap keahlian dikenakan bayaran pendaftaran dan
tahunan bagi membolehkan segala perjalanan program persatuan akan berjalan
dengan lancar. Yuran pendaftaran yang telah disepakati dalam mesyuarat
penyelarasan penubuhan persatuan yang lalu telah menetapkan seperti berikut:
10.0.1 YURAN PENDAFTRAN RM 20.00
·
Bayaran pada kali
pertama mendaftar sebagai keahlian
persatuan
·
Sekali seumur hidup
kecuali dilucutkan jawatan dengan sebab.
10.0.1.1
YURAN TAHUNAN RM
20.00
·
Yuran ini akan
dipungut setiap kali awal tahun.
12.0
BORANG KEAHLIAN PERSATUAN
‘ Seperti di lampiran ‘
13.0
PENUTUP
Kertas cadangan ini dibentangkan dengan harapan
agar cadangan untuk menubuhkan persatuan bekas-bekas pelajar (PERSATUAN
ALUMNI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DERGA) mendapat perhatian yang serius
dari semua Pihak agar dapat membantu dalam menambahbaikan proses pentadbiran
dan membantu memberi peluang kepada pelajar-pelajar lain untuk meneruskan
pengajian di peringkat yang lebih tinggi serta menyatupadukan lagi ukhuwah
diantara pelajar-pelajar tanpa ada kasta dan sebagainya. Selain itu
juga, kertas cadangan ini dibentangkan antara lainnya ialah untuk menyatukan
pandangan, pendapat dan cadangan daripada seluruh pemikir-pemikir di kalangan
Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) agar sama-sama berusaha memajukan
insitusi yang menjadi kebanggan seluruh Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Derga
(MTQD) agar lebih maju kehadapan selaras dengan tuntutan dan ajaran Islam yang
menjadikan Islam itu indah lagi mulia.
assalamualaikum. minta izin jadikan rujukan untuk membuat assignment tentang kertas kerja cadangan penubuhan persatuan di sekolah rendah.
ReplyDeletetrima kasih.
rozidah sumardi
ipg kampus pendidikan islam
MIntak izin juga yaa....
ReplyDeleteminta izin juganya
ReplyDeletemohon izin pihak tuan untuk sy ambil jadi bahan rujukan asignment
ReplyDeletemohon keizinan utk jadikan kertas cadangan ini sebagai rujukan..
ReplyDeleteMinta izin jadikan bahan rujukan
ReplyDeleteAssalamualaikum.. mohon izin pihak tuan untuk saya ambil kertas cadangan ini sebagai rujukan.
ReplyDeletemintak izin untuk rujukan
ReplyDeleteminta izin untuk rujukan
ReplyDeleteminta izin jadi bahan rujukan ya
ReplyDeleteminta izin ya tuan
ReplyDeletemohon dengan kebenaran untuk diguna pakai bagi tujuan rujukan
ReplyDeletesalam, minta izin untuk buat rujukan
ReplyDelete